Saturday, January 1, 2011

alhamdulillah bersyukur kita kpd Allah dengan kurniaan-nya dapat kita jalani tahun 2010 yg baru shj berlalu... hari ni kita jejakkan azam kita pula dlm tahun baru 2011 yg mana kita sedar @ tidak dunia kita semakin meningkat usia.. semakin tua semakin tenat.. kita tidak tahu bilakah tiupan israfil... bakal memanggil... kita tidak tahu bilakah tarikh tamat hidup kita...
adakah itu seperti yg di canangkan oleh pihak barat 2012... ini semua hanyalah makar2 dan tipu daya kafir semata2 ... hanya yg dapat menyedari kiamat itu adalah orang2 yg berilmu dan takutkan mati sahaja... kerana apa dikatakan sebegitu...
KERANA.. saat dunia manusia abad ini sedang leka mencari ilmu. sebahagian besarnya lupa akan peringatan Allah... ini x lain adalah mencari ilmu d sebabkan duniawi. ilmu yg dapat menjana pendapatan yang mana pendapatan yg didapati saban bulan ini tidak pernah cukup untuk memenuhi keperluan hawa nafsu... tidak salah kita mendapatkan keperluan dunia.. kerana Allah juga mengingatkan kita agar jgn lupa akan nasib kita di dunia... AKAN TETAPi sebahagian besar dari kita leka dengan kehidupan dan kesibukan kerja... tanpa sempat untuk memikirkan keadaan dan nasib diri setelah mati.. apakah bekalan yg hendak di bawa bersama ketika berada d dlm kubur... adakah kereta besar @ rumah besar @ wang dalam simpanan dan pelaburan di dalam bank hendak kita bungkus bersama didalam kubur... apa manfaatnya... TIDAK ADA nilainya di sisi Allah s.w.t... apabila malaikat mungkar& nangkir bertanya man rabbuka ( siapa tuhan mu) maka pasti kelu lidah kita... terkunci mati segala anggota kita x dpt menjawab pertanyaan itu... kerana apa ? kerana anggota tubuh kita x pernah di gunakan untuk mencari bekal akhirat.. bahkan jika mencari.. pasti dunia lbh banyak dari akhirat... renung2kan lah... wahai hamba ALLAH.. seandainya hamba itu punya ilmu dan juga hati yg takutkan mati.. pasti ia terselamat di dunia dan akhirat.. kerana dgn ilmu ia dapat mengharung dunia dan akhirat dan dengan takutkan mati dapat mendorong ia mencari lbh bekal akhirat... wallahua'lam

No comments:

Post a Comment